TENTANG KAMI
PPK TAMPIN (TANGGAMAS)
VISI
Menjadi Pertubuhan Peladang yang berdaya saing, moden dan mampan bagi meningkatkan kesejahteraan peladang di Tampin.
MISI
Memperkasa ahli melalui latihan, teknologi moden, sokongan perkhidmatan pertanian, pemasaran hasi dan pembangunan komuniti peladang yang sejahtera.
MATLAMATMewujudkan satu pergerakan PP yang kukuh kedudukan ekonomi dan kewangan, menggiat aktiviti perniagaantani dan pengeluaran makanan dengan sokongan semua ahli peladang.
OBJEKTIF OPERASIMenyediakan latihan, input dan pembiayaan pertanian kepada ahli.
Membina infrastruktur dan menyokong mekanisasi ladang
Mengukuhkan pemasaran hasil serta pemprosesan produk makanan.
Memanfaatkan teknologi digital dan lepas tuai.
Memupuk kerjasama Unit Peladang dan Koperasi.
Menyokong pembangunan pertanian yang lestari dan mesra alam.
PERANAN PERTUBUHAN PELADANG
LATIHAN PELADANG
Untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan Pertanian, Pekebunan, Penternakan binatang, Ekonomi rumah tangga, Perniagaan Pertanian dan perusahaan komersial yang lain.
LUASKAN PENGELUARAN PERTANIAN
Untuk meluaskan pengeluaran pertanian dikalangan Peladang dan Pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaian dan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untuk meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian.
BEKALAN LADANG
Untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan harian termasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik.
KEJENTERAAN
Untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha perladangan.
KHIDMAT KREDIT
Untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kredit dan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan ekonomi.
SIMPANAN WANG
Untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar.
PERKHIDMATAN
Untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain.
PENGANGKUTAN
Untuk mengendali dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertanian dan usaha yang berkaitan.
LOJI MEMPROSES
Untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memproses dan kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian.
PELABURAN
Untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan anggota atau unit anggotanya melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan.
BANTU ANGGOTA
Untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untuk menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota.
PROJEK KEMASYARAKATAN
Untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulan melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan.